7 Tips Tanam Pokok Pudina
7 Tips Tanam Pokok Pudina
Alhamdulillah pada bulan Ogos 2020 yang lepas, saya ada biakkan pokok pudina "Din Dina" saya ke dalam 4 pot (boleh tengok post saya sebelum ni dan hasilnya seperti dalam gambar atas tu).
Insyaallah, pokok-pokok ni akan bertukar tuan tak lama lagi (sebab plan nak let-go supaya ada space sikit dekat halaman rumah saya nanti untuk tanam pokok lain).
Untuk tuan barunya nanti dan untuk manfaat semua yang berminat nak cuba tanam pokok pudina sendiri, di sini saya kongsi serba sedikit tips tanam pokok pudina berdasarkan pengalaman saya (saya pun belajar dari internet jugak sebenarnya).
1) Media tanam saya campurkan pasir dan tanah biasa 1:1 dengan baja organik sikit dalam pot saiz 5L (saya pakai bekas aiskrim terpakai je) dan kemudian siram rata.
2) Sediakan 10-15 keratan batang pokok pudina, anggaran 10 cm panjang setiap satu. Pilih yang batangnya keras sikit dan warnanya kemerahan, buang daun (saya tinggalkan beberapa daun di pucuknya saja supaya senang monitor keberhasilannya nanti).
3) Cucuk pada media tanam anggaran sedalam 3 cm dan dijarakkan sikit setiap keratan batang tu. Siap dah tanam..
4) Letak pot tu di tempat yg redup sikit at least seminggu, anggaran 50% cahaya matahari (saya letak area bawah car porch). Siram 2 kali sehari (pagi sebelum kerja, petang balik kerja).
5) Seminggu sekali (hujung minggu) sebaiknya taburlah dgn baja organik atau baja kompos anggaran 1 sudu di tepi bibir pot.
6) Sambil tu, bolehlah cantas sikit mana2 batang yg tinggi tu (potong anggaran 5 cm dari level tanah) supaya pokok sentiasa subur dan merimbun.
7) Keratan yang dah dipotong tu boleh dibiakkan lagi ke pot seterusnya.
Senang je kan.. Insyaallah, boleh cuba. Saya doakan semoga success lah ye.. Selamat beekebun!