Pokok Pudina Din Dina | Mudah hidup, senang tanam dan dibiakkan
Pokok Pudina Din Dina
Saya dapat anak pokok pudina daripada Abg Din, bapa kepada Dina, iaitu kawan sekelas anak saya - Pokok Pudina Din Dina.
Abg Din, Dina dan sekeluarga telah sudi datang melawat ke rumah kami sempena hari raya aidilfitri pada Julai 2019. Kebetulan kami rupanya berkongsi minat yang sama iaitu suka berkebun. Dan sebelum balik, saya sempat hadiahkan anak pokok limau purut kepadanya. Selepas beberapa hari dia datang balik balas dengan anak pokok pudina ni (dalam bekas kecil, anggaran dalam 10 tangkai rasanya masa tu) dan beberapa anak pokok lain spt. nenas, bunga keembung dan rock melon).
Sebenarnya tahun 2019 saya agak sibuk di pejabat dan kurang beri perhatian pada kebun tepi rumah saya (siram kalau ingat je, baja dan racun lagilah). Ada jugak beberapa pokok koleksi saya yang kecundang termasuk rock melon Abg Din (sorry bro). Tapi syukur alhamdulillah, pokok pudina pemberian Abg Din tu masih survive lagi masa tu.
Saya mula beri perhatian semula dengan kebun tepi rumah saya termasuklah pokok pudina tu sejak disuruh work from home, bermula April 2020 sampailah sekarang (best jugak WFH sebenarnya..) dan sekarang ni update terkini untuk pokok pudina Abg Din macam dalam gambar tu.. Tumbuh bak juara!!
Oklah geng, plan lepas ni, saya nak cuba biakkan anak pokok pudina tu dalam pasu2 kecil yg lain. Insyaallah, kalau jadi nanti, saya share lagi ye. And thanks a lot sebab sudi baca kenangan pokok pudina "Din Dina" ni sampai habis.. Wassalam..