7 Tips Tanam Pokok Pudina
7 Tips Tanam Pokok Pudina Alhamdulillah pada bulan Ogos 2020 yang lepas, saya ada biakkan pokok pudina "Din Dina" saya ke dalam 4 pot (boleh tengok post saya sebelum ni dan hasilnya seperti dalam gambar atas tu). Insyaallah, pokok-pokok ni akan bertukar tuan tak lama lagi (sebab plan nak let-go supaya ada space sikit dekat halaman rumah saya nanti untuk tanam pokok lain). Untuk tuan barunya nanti dan untuk manfaat semua yang berminat nak cuba tanam pokok pudina sendiri, di sini saya kongsi serba sedikit tips tanam pokok pudina berdasarkan pengalaman saya (saya pun belajar dari internet jugak sebenarnya). 1) Media tanam saya campurkan pasir dan tanah biasa 1:1 dengan baja organik sikit dalam pot saiz 5L (saya pakai bekas aiskrim terpakai je) dan kemudian siram rata. 2) Sediakan 10-15 keratan batang pokok pudina, anggaran 10 cm panjang setiap satu. Pilih yang batangnya keras sikit dan warnanya kemerahan, buang daun (saya tinggalkan beberapa daun di pucu...